Pada malam hari 4hb mei..aku mendapat keputusan dari doktor yang merawatnya..suamiku disahkan ada penyakit tumor otak lebih kurang 6 bulan tumor tu besarang diotaknya..patutlah pada ujung tahun lepas dia mula dah slow perwatakannya..cuma kitaorang tak perasaan perubahannya..masa buat pemeriksaan tu, tumor tu dah sebesar telur itik...Alhamdulilah sekarang ni suamiku dah selamat menjalani pembedahan..lebih kurang 2 minggu sudah..ingatannya dah pulih seperti biasa..Syukur pada ALLAH.....

Make your own Glitter Graphics![]()
hamsterku kelaparan..
Wednesday, June 17, 2009
4 MEI
Tarikh 4hb mei..aku bertekad membawa suamiku kehospital pakar,setelah perubatan secara tradisional tak menunjukkan kesan..malah semakin teruk..dia menjadi pelupa yang teramat..sampai tak boleh sembahyang,lupa bacaan,lupa semua nombor telepon..banyak lagi yang dia lupa..sampai satu tahap tu nak cakap apa pun,dia tak tau..masa tu yang aku tau nangis jelah bila tengok keadaan dirinya..
Posted by HASNITA BINTI HJ DORANI at 6:32 AM 0 comments
AKU KEMBALI
Lama dah aku tak menjengah blog ni..aku rasa kekawan mesti ada yang dah tau keadaan yang terjadi pada aku..sejak beberapa bulan lepas suamiku tak berapa sihat..aku fikir sakitnye berkaitan ngan sihir atau sebagainye yang memerlukan perubatan secara kampung..kerana badan mendadak menjadi kurus, banyak termenung dan menjadi pendiam..puas jugak pergi berubat secara kampung..adelah 5 tempat jugak..mane yang orang nak bawakkan aku ikut je..tapi keadaannya tak banyak berubah malahan tambah teruk..selalu aku menangis bila tengok keadaannye..masa tu dalam pikiran aku..aku takut sangat kalau dia pegi tinggalkan aku..YA ALLAH..sembuhkanlah penyakit suamiku ini...
Posted by HASNITA BINTI HJ DORANI at 6:14 AM 0 comments