Antara gejala2 yang terjadi pada suamiku sebelum disahkan ada tumor otak..........
1)Kesukaran bercakap atau mengingati sesuatu perkataan.
2)Gangguan pada penglihatan(kabur bila tengok benda jauh)
3)Rasa lemah dibahagian tertentu dibadan (suamiku lemah disebelah kanan tangan n kaki)
4)Mudah marah(tanpa sebab),selalu mengantuk atau terdapat perubahan pada peribadi tanpa diri sendiri sedari(orang lain yang perasaan)
Semua gejala diatas terjadi pada suamiku..sebenarnya ada lagi gejala lain tapi tak terjadi pada suamiku..contohnya sakit kepala..dia memang tak pernah mengadu sakit kepala,pening atau apa2lah yang berkaitan ngan kepala..tu yang terperanjat sangat bila dia kena tumor otak ni..jadi pada sapa2 yang selalu sakit kepala tu,lekas2lah jumpa doktor..takut bukan sakit kepala biasa..

Make your own Glitter Graphics![]()
hamsterku kelaparan..
Friday, July 10, 2009
Gejala tumor otak
Posted by HASNITA BINTI HJ DORANI at 5:54 AM 0 comments
Wednesday, July 8, 2009
Kesan pembedahan
Masa ni baru masuk hari yang ke tiga selepas pembedahan..hari yang pertama dan kedua kepala suamiku masih lagi berbungkus ngan kain putih..tak le nampak tempat yang dibedah tu..bila dah dibuka lilitan dikepala tu barulah aku nampak,rupa2nya untuk mencantumkan kulit kepala yang dah dibedah tu doktor hanya menggunakan sejenis gam dulu,lepas tu distepler macam stepler buku..ngeri jugak bila tengok..dalam hati berkata2 gak boleh ke bercantum ni..bila aku kira mata stepler tu semuanya 49 mata kurang 1 je 50..tapi sekarang dah ok..rambut pun dah tumbuh semula..cuma masih lagi nampak lekuk ditempat yang dibedah tu..
Posted by HASNITA BINTI HJ DORANI at 8:50 PM 0 comments
Saturday, July 4, 2009
Memperkenalkan....
Aku rasa kekawan mesti ade yang dah tau pasal susu ni..sebenarnya aku nak kongsi sikit pasal susu ni..Selepas suamiku membuat pembedahan aku terus beri dia susu ni...mula2 tengok harganya memang takut nak beli..tapi bila mak aku sendiri yang promote kat aku,aku pun belilah jugak untuk kesihatan suamiku jugak..lagipun dah banyak gak yang aku dengar dari pengalaman orang2 yang minum susu ni..terutamanye dari orang felda at5..termasuklah mak aku ngan kekawan dia yang dah lama minum susu ni..sebenarnya aku tau susu ni pun dari mak aku..kesan dari minum susu ni memang nampak ketara..contoh paling dekat suami akulah..dia sekarang nampak macam bukan baru lepas buat pembedahan..nampak cergas je..dah boleh bawak kereta ngan motor..macam takde sakit ape2..tapi aku rasalah kalau tak sebab suamiku kena tumor otak,aku tak beli susu ni..maklumlah harganya 1 tin seberat 450g,180ringgit..mahal tu..susu yang biasa aku minum brand omega pun rasanya dah mahal..tapi disebabkan untuk kesihatan pejam mata jelah beli..duit boleh cari..kesihatan mana nak cari...sekarang ni aku pun sama2 minum susu ni..aku terus masuk ahli..kalau masuk ahli murah sikit harganya 150 setin..tapi kalau ada kawan2 aku yang nak susu ni,aku kasik harga 150 gak,walaupun bukan ahli..maknanya diorang pakai nama keahlian aku le..tapi aku tak kisah..saje nak tolong...kebanyakan yang minum susu ni diorang ada masalah kesihatan..kalau takde apa2 masalah pasal kesihatan, aku rasalah banyak kali jugak fikir nak minum susu ni...
Posted by HASNITA BINTI HJ DORANI at 11:07 PM 0 comments