BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

hamsterku kelaparan..

Monday, January 25, 2010

Sibuknya aku.......

Masuk tahun baru ni aku dah mula sibuk..sibuk ape lagi..sibuk ngan jaitanlah...dah agak lama aku tak ambil tempahan..saje nak rehat..bila aku cakap kat pelanggan2 aku..aku akan ambik tempahan mula tahun ni..diorang pun apalagi..mulalah nak menempah..aduh!!!! tak larat rasanya nak ambik sume tempahan..banyak no..dah lame tak menjahit,rasa macam keras je tangan ni..macam mane pun aku bersyukur rezki yg Allah berikan padaku ini..tima kasih pada pelanggan2 ku sume kerana masih sudi nak menhantar jaitan padaku...tapi tak leh nak cepat2 ye..ikut giliranlah ye.....

Sunday, January 10, 2010

My son birthday.....


Hari ni 10.1.2010..hari jadi anak bongsuku ayis yang ke14..semoga dirahmati ALLAH hidup
didunia dan akhirat..AMIN....Tak de buat ape2pun..hanya jalan2 dan makan2...


jalan2 ke jusco permas jaya....


dah penat pusing2 kat jusco..pegi pulak kat pizza hut....

pas tu apalagi..jom makan pizza....




bersama gitar hadiah harijadi..masuk ni dah 3 gitar koleksi dia..tahun depan mungkin tambah 1 lagi..gitar karen pulak..

Thursday, December 31, 2009

Main boling jelah.........




Disebabkan tak dapat makan angin kemana2..aku ajak anak2ku main boling jelah..itupun kami bertiga je yang pegi..suami aku sibuk ngan tugasnya kat pejabat..tak de masa nyer nak gi main boling ni..kami main 3 game sorang..lenguh gak tangan ni bila dah abis main..masa tengah main tu memang tak rasa lenguhnya..main hayun je..kami main waktu pagi..sebab pagi murah sikit..1 game 2 ringgit je...

Monday, December 7, 2009

Minat muzik....


Anakku ayis ni memang minat sangat ngan muzik..terutamanya gitar ngan drum..kat rumah kalau sorang2 ni le keje nya..main gitar jelah memanjang..kalau teringin nak main drum dia pegi jamming ngan kawan2nya..kat rumah ni tak de tempat nak letak drum...tapi sekadar suka2 je main muzik ni..jangan nak jadikkan kerjaya sudahlah..memanglah aku tak izinkan...

Saturday, December 5, 2009

Good luck anakku.....


Anak bongsuku dah selamat menduduki exam SDKA(sijil darjah khas agama) semalam 4.12.09..kiranya ni exam tertinggi sekolah agama..lepas ni dah tak de sekolah agama lagilah..moga2 dia luluslah hendaknya..

Sunday, November 22, 2009

23 november......

Ari ni pegi lagi kat pakar johor..buat rawatan susulan..jumpa doktor yang opret aku tuari..Alhamdulilah doktor kata sume dah okey..semua ketumbuhan tu dah berjaya dikeluarkan...dalam hati tu takut gak kot2 ade yang tinggal lagi..kene opret lagi tak pasal2 nanti...pas ni dah tak de lagi buat rawatan susulan....lega.......

Sunday, November 8, 2009

2 november.......

Hari ni aku pegi hospital pakar johor..sebab dah tak tahan sangat sakit kepala hampir 2 bulan...dah telan pil sakit kepala macam2 jenis tapi tak jalan gak...tak boleh tido dibuatnya setiap malam menahan sakit kepala..sampai kan suami ngan anak aku pun dah tak larat nak urut kepala aku setiap masa kalau sakit kepala tu menyerang...

Setelah berjumpa doktor pakar kepala dan membuat ct scan,doktor mengesahkan bahawa kepala aku tiada masalah apa2..tapi masalahnya adalah berkaitan ngan hidung..ada ketumbuhan dalam hidung dan doktor sarankan aku buat pembedahan segera..takutnya aku..tapi kata doktor kalau dibiarkan lama2 lagi besar ketumbuhan tu..aku pun pasrah jelah...sain jelah borang pembedahan tu..Alhamdulilah semuanya dah selamat sekarang ni..selama 6 hari aku duduk dalam wad...

Friday, October 9, 2009

Raya pertama.......

Ni le gambar yang sempat disnap oleh adikku..kat rumah mak air tawar 5..aku ngan suami je yang pakai sedondon..anak2 ku ngan warna pilihan masing2..dah besar panjang..dah x nak pakai sedondon2 ni..sukati koranglah anak2ku tersayang..yang penting mereka ada bersamaku dihari raya sudah memadai...

Sunday, October 4, 2009

Hyee..SELAMAT HARI RAYA

Salam semuanya..
Ramadhan dah lama berlalu..syawal pun hampir2 kehujung harinya...
sangat lama x update n share dalam blog ni..almaklumlah sibuk ngan jahitan..
kalau bukak pun sekali lalu je nak tengok kot2 ade cerita terbaru dari blog masing2..
tuk kengkawan semua aku nak ucapkan selamat hari raya n maaf zahir dan batin..bila lah kita nak berjumpa lagi ek..masa raya tu ari aku cuma sempat jumpa rosni sorang je..tapi lupa lak nak bergambar dengan dia..kalau x boleh gak aku masukkan gambar dia kat sini..sebab jumpa kejap sangat..dia nak balik kampung..kawan yang lain x jumpa pun..masing2 sibuk ngan urusan masing2..x pelah panjang umur kita pasti akan jumpa lagi......

Friday, July 10, 2009

Gejala tumor otak

Antara gejala2 yang terjadi pada suamiku sebelum disahkan ada tumor otak..........
1)Kesukaran bercakap atau mengingati sesuatu perkataan.
2)Gangguan pada penglihatan(kabur bila tengok benda jauh)
3)Rasa lemah dibahagian tertentu dibadan (suamiku lemah disebelah kanan tangan n kaki)
4)Mudah marah(tanpa sebab),selalu mengantuk atau terdapat perubahan pada peribadi tanpa diri sendiri sedari(orang lain yang perasaan)

Semua gejala diatas terjadi pada suamiku..sebenarnya ada lagi gejala lain tapi tak terjadi pada suamiku..contohnya sakit kepala..dia memang tak pernah mengadu sakit kepala,pening atau apa2lah yang berkaitan ngan kepala..tu yang terperanjat sangat bila dia kena tumor otak ni..jadi pada sapa2 yang selalu sakit kepala tu,lekas2lah jumpa doktor..takut bukan sakit kepala biasa..

Wednesday, July 8, 2009

Kesan pembedahan


Masa ni baru masuk hari yang ke tiga selepas pembedahan..hari yang pertama dan kedua kepala suamiku masih lagi berbungkus ngan kain putih..tak le nampak tempat yang dibedah tu..bila dah dibuka lilitan dikepala tu barulah aku nampak,rupa2nya untuk mencantumkan kulit kepala yang dah dibedah tu doktor hanya menggunakan sejenis gam dulu,lepas tu distepler macam stepler buku..ngeri jugak bila tengok..dalam hati berkata2 gak boleh ke bercantum ni..bila aku kira mata stepler tu semuanya 49 mata kurang 1 je 50..tapi sekarang dah ok..rambut pun dah tumbuh semula..cuma masih lagi nampak lekuk ditempat yang dibedah tu..

Saturday, July 4, 2009

Memperkenalkan....

Aku rasa kekawan mesti ade yang dah tau pasal susu ni..sebenarnya aku nak kongsi sikit pasal susu ni..Selepas suamiku membuat pembedahan aku terus beri dia susu ni...mula2 tengok harganya memang takut nak beli..tapi bila mak aku sendiri yang promote kat aku,aku pun belilah jugak untuk kesihatan suamiku jugak..lagipun dah banyak gak yang aku dengar dari pengalaman orang2 yang minum susu ni..terutamanye dari orang felda at5..termasuklah mak aku ngan kekawan dia yang dah lama minum susu ni..sebenarnya aku tau susu ni pun dari mak aku..kesan dari minum susu ni memang nampak ketara..contoh paling dekat suami akulah..dia sekarang nampak macam bukan baru lepas buat pembedahan..nampak cergas je..dah boleh bawak kereta ngan motor..macam takde sakit ape2..tapi aku rasalah kalau tak sebab suamiku kena tumor otak,aku tak beli susu ni..maklumlah harganya 1 tin seberat 450g,180ringgit..mahal tu..susu yang biasa aku minum brand omega pun rasanya dah mahal..tapi disebabkan untuk kesihatan pejam mata jelah beli..duit boleh cari..kesihatan mana nak cari...sekarang ni aku pun sama2 minum susu ni..aku terus masuk ahli..kalau masuk ahli murah sikit harganya 150 setin..tapi kalau ada kawan2 aku yang nak susu ni,aku kasik harga 150 gak,walaupun bukan ahli..maknanya diorang pakai nama keahlian aku le..tapi aku tak kisah..saje nak tolong...kebanyakan yang minum susu ni diorang ada masalah kesihatan..kalau takde apa2 masalah pasal kesihatan, aku rasalah banyak kali jugak fikir nak minum susu ni...

Wednesday, June 17, 2009

TUMOR OTAK

Pada malam hari 4hb mei..aku mendapat keputusan dari doktor yang merawatnya..suamiku disahkan ada penyakit tumor otak lebih kurang 6 bulan tumor tu besarang diotaknya..patutlah pada ujung tahun lepas dia mula dah slow perwatakannya..cuma kitaorang tak perasaan perubahannya..masa buat pemeriksaan tu, tumor tu dah sebesar telur itik...Alhamdulilah sekarang ni suamiku dah selamat menjalani pembedahan..lebih kurang 2 minggu sudah..ingatannya dah pulih seperti biasa..Syukur pada ALLAH.....

4 MEI

Tarikh 4hb mei..aku bertekad membawa suamiku kehospital pakar,setelah perubatan secara tradisional tak menunjukkan kesan..malah semakin teruk..dia menjadi pelupa yang teramat..sampai tak boleh sembahyang,lupa bacaan,lupa semua nombor telepon..banyak lagi yang dia lupa..sampai satu tahap tu nak cakap apa pun,dia tak tau..masa tu yang aku tau nangis jelah bila tengok keadaan dirinya..

AKU KEMBALI

Lama dah aku tak menjengah blog ni..aku rasa kekawan mesti ada yang dah tau keadaan yang terjadi pada aku..sejak beberapa bulan lepas suamiku tak berapa sihat..aku fikir sakitnye berkaitan ngan sihir atau sebagainye yang memerlukan perubatan secara kampung..kerana badan mendadak menjadi kurus, banyak termenung dan menjadi pendiam..puas jugak pergi berubat secara kampung..adelah 5 tempat jugak..mane yang orang nak bawakkan aku ikut je..tapi keadaannya tak banyak berubah malahan tambah teruk..selalu aku menangis bila tengok keadaannye..masa tu dalam pikiran aku..aku takut sangat kalau dia pegi tinggalkan aku..YA ALLAH..sembuhkanlah penyakit suamiku ini...

Sunday, March 22, 2009

Mak Tersayang.........

Sekarang ni mak aku ade kat melaka,ngan adik bongsuku...sebab sejak abang sulung aku dah berpindah kat rumah dia sendiri di bandar penawar..dia tinggal sorang2 kat rumah..risau gak hati ni..jadik dia ikutlah adik aku..tp x boleh gak nak tinggalkan rumah kat at5 tu lame2..kene balik jugaklah rumah sendiri..macam tu lah rutin dia sekarang ni..gilir2 pegi rumah anak2..pas tu balik semula kat at5...kalau siang hari aku x berapa bimbang mak tinggal sorang2..kalau malam tu yang aku risau sangat2...tp nak buat camne....

Monday, March 16, 2009

nak makan angin........


asal cuti sekolah je..anak aku ni mesti sibuk nak gi makan angin kat mane2lah..asal keluar dari bandar johor ni..aku cakaplah abah x cuti..lagipun anak aku yang sorang lagi x cuti gak..x beslah kalau nak bercuti,abang longnya x de..dia pun cakap kalau macam tu,kita pegi zoo jelah..aku bawaklah dia pegi zoo jee..ni gambar kat zoo johorlah..nampak x kat belakang aku tu..ade gajah..tengah panas terik ni..x leh nak bukak mata..

cuti sekolah dah mula.......



Thursday, January 29, 2009

ni le gambo aku ngan suami..ni pun gambo 3 tahun lepas..x de yg terbaru..suami aku ni memang susah sikit nak ajak b.gambo..bila ambik gambo,mesti x nak pandang kamera..apesal ntah..

Tuesday, January 20, 2009

gambo ni diambk,mase perkep kat tmpt aku buat rmbongan ke langkawi..naik bas pdrm...nak tngu gi ngan kluarga..rsanye x sampai lagi..tp gi ngan kwn2 bes gak..msa gi ni aku bwk ank yg bongsu je,yg kat sblh aku tu le...x puas rsnnye gi kali ni..sbb t.kjr2 masa..bnyk tmpt yg x smpt pegi...klu ade lgi perkep nak buat rmbongn langkawi,aku lah orng yg daftar dulu..nak pegi lagi..