BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

hamsterku kelaparan..

Saturday, July 4, 2009

Memperkenalkan....

Aku rasa kekawan mesti ade yang dah tau pasal susu ni..sebenarnya aku nak kongsi sikit pasal susu ni..Selepas suamiku membuat pembedahan aku terus beri dia susu ni...mula2 tengok harganya memang takut nak beli..tapi bila mak aku sendiri yang promote kat aku,aku pun belilah jugak untuk kesihatan suamiku jugak..lagipun dah banyak gak yang aku dengar dari pengalaman orang2 yang minum susu ni..terutamanye dari orang felda at5..termasuklah mak aku ngan kekawan dia yang dah lama minum susu ni..sebenarnya aku tau susu ni pun dari mak aku..kesan dari minum susu ni memang nampak ketara..contoh paling dekat suami akulah..dia sekarang nampak macam bukan baru lepas buat pembedahan..nampak cergas je..dah boleh bawak kereta ngan motor..macam takde sakit ape2..tapi aku rasalah kalau tak sebab suamiku kena tumor otak,aku tak beli susu ni..maklumlah harganya 1 tin seberat 450g,180ringgit..mahal tu..susu yang biasa aku minum brand omega pun rasanya dah mahal..tapi disebabkan untuk kesihatan pejam mata jelah beli..duit boleh cari..kesihatan mana nak cari...sekarang ni aku pun sama2 minum susu ni..aku terus masuk ahli..kalau masuk ahli murah sikit harganya 150 setin..tapi kalau ada kawan2 aku yang nak susu ni,aku kasik harga 150 gak,walaupun bukan ahli..maknanya diorang pakai nama keahlian aku le..tapi aku tak kisah..saje nak tolong...kebanyakan yang minum susu ni diorang ada masalah kesihatan..kalau takde apa2 masalah pasal kesihatan, aku rasalah banyak kali jugak fikir nak minum susu ni...

Wednesday, June 17, 2009

TUMOR OTAK

Pada malam hari 4hb mei..aku mendapat keputusan dari doktor yang merawatnya..suamiku disahkan ada penyakit tumor otak lebih kurang 6 bulan tumor tu besarang diotaknya..patutlah pada ujung tahun lepas dia mula dah slow perwatakannya..cuma kitaorang tak perasaan perubahannya..masa buat pemeriksaan tu, tumor tu dah sebesar telur itik...Alhamdulilah sekarang ni suamiku dah selamat menjalani pembedahan..lebih kurang 2 minggu sudah..ingatannya dah pulih seperti biasa..Syukur pada ALLAH.....

4 MEI

Tarikh 4hb mei..aku bertekad membawa suamiku kehospital pakar,setelah perubatan secara tradisional tak menunjukkan kesan..malah semakin teruk..dia menjadi pelupa yang teramat..sampai tak boleh sembahyang,lupa bacaan,lupa semua nombor telepon..banyak lagi yang dia lupa..sampai satu tahap tu nak cakap apa pun,dia tak tau..masa tu yang aku tau nangis jelah bila tengok keadaan dirinya..

AKU KEMBALI

Lama dah aku tak menjengah blog ni..aku rasa kekawan mesti ada yang dah tau keadaan yang terjadi pada aku..sejak beberapa bulan lepas suamiku tak berapa sihat..aku fikir sakitnye berkaitan ngan sihir atau sebagainye yang memerlukan perubatan secara kampung..kerana badan mendadak menjadi kurus, banyak termenung dan menjadi pendiam..puas jugak pergi berubat secara kampung..adelah 5 tempat jugak..mane yang orang nak bawakkan aku ikut je..tapi keadaannya tak banyak berubah malahan tambah teruk..selalu aku menangis bila tengok keadaannye..masa tu dalam pikiran aku..aku takut sangat kalau dia pegi tinggalkan aku..YA ALLAH..sembuhkanlah penyakit suamiku ini...

Sunday, March 22, 2009

Mak Tersayang.........

Sekarang ni mak aku ade kat melaka,ngan adik bongsuku...sebab sejak abang sulung aku dah berpindah kat rumah dia sendiri di bandar penawar..dia tinggal sorang2 kat rumah..risau gak hati ni..jadik dia ikutlah adik aku..tp x boleh gak nak tinggalkan rumah kat at5 tu lame2..kene balik jugaklah rumah sendiri..macam tu lah rutin dia sekarang ni..gilir2 pegi rumah anak2..pas tu balik semula kat at5...kalau siang hari aku x berapa bimbang mak tinggal sorang2..kalau malam tu yang aku risau sangat2...tp nak buat camne....

Monday, March 16, 2009

nak makan angin........


asal cuti sekolah je..anak aku ni mesti sibuk nak gi makan angin kat mane2lah..asal keluar dari bandar johor ni..aku cakaplah abah x cuti..lagipun anak aku yang sorang lagi x cuti gak..x beslah kalau nak bercuti,abang longnya x de..dia pun cakap kalau macam tu,kita pegi zoo jelah..aku bawaklah dia pegi zoo jee..ni gambar kat zoo johorlah..nampak x kat belakang aku tu..ade gajah..tengah panas terik ni..x leh nak bukak mata..

cuti sekolah dah mula.......