BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

hamsterku kelaparan..

Saturday, December 5, 2009

Good luck anakku.....


Anak bongsuku dah selamat menduduki exam SDKA(sijil darjah khas agama) semalam 4.12.09..kiranya ni exam tertinggi sekolah agama..lepas ni dah tak de sekolah agama lagilah..moga2 dia luluslah hendaknya..

Sunday, November 22, 2009

23 november......

Ari ni pegi lagi kat pakar johor..buat rawatan susulan..jumpa doktor yang opret aku tuari..Alhamdulilah doktor kata sume dah okey..semua ketumbuhan tu dah berjaya dikeluarkan...dalam hati tu takut gak kot2 ade yang tinggal lagi..kene opret lagi tak pasal2 nanti...pas ni dah tak de lagi buat rawatan susulan....lega.......

Sunday, November 8, 2009

2 november.......

Hari ni aku pegi hospital pakar johor..sebab dah tak tahan sangat sakit kepala hampir 2 bulan...dah telan pil sakit kepala macam2 jenis tapi tak jalan gak...tak boleh tido dibuatnya setiap malam menahan sakit kepala..sampai kan suami ngan anak aku pun dah tak larat nak urut kepala aku setiap masa kalau sakit kepala tu menyerang...

Setelah berjumpa doktor pakar kepala dan membuat ct scan,doktor mengesahkan bahawa kepala aku tiada masalah apa2..tapi masalahnya adalah berkaitan ngan hidung..ada ketumbuhan dalam hidung dan doktor sarankan aku buat pembedahan segera..takutnya aku..tapi kata doktor kalau dibiarkan lama2 lagi besar ketumbuhan tu..aku pun pasrah jelah...sain jelah borang pembedahan tu..Alhamdulilah semuanya dah selamat sekarang ni..selama 6 hari aku duduk dalam wad...

Friday, October 9, 2009

Raya pertama.......

Ni le gambar yang sempat disnap oleh adikku..kat rumah mak air tawar 5..aku ngan suami je yang pakai sedondon..anak2 ku ngan warna pilihan masing2..dah besar panjang..dah x nak pakai sedondon2 ni..sukati koranglah anak2ku tersayang..yang penting mereka ada bersamaku dihari raya sudah memadai...

Sunday, October 4, 2009

Hyee..SELAMAT HARI RAYA

Salam semuanya..
Ramadhan dah lama berlalu..syawal pun hampir2 kehujung harinya...
sangat lama x update n share dalam blog ni..almaklumlah sibuk ngan jahitan..
kalau bukak pun sekali lalu je nak tengok kot2 ade cerita terbaru dari blog masing2..
tuk kengkawan semua aku nak ucapkan selamat hari raya n maaf zahir dan batin..bila lah kita nak berjumpa lagi ek..masa raya tu ari aku cuma sempat jumpa rosni sorang je..tapi lupa lak nak bergambar dengan dia..kalau x boleh gak aku masukkan gambar dia kat sini..sebab jumpa kejap sangat..dia nak balik kampung..kawan yang lain x jumpa pun..masing2 sibuk ngan urusan masing2..x pelah panjang umur kita pasti akan jumpa lagi......

Friday, July 10, 2009

Gejala tumor otak

Antara gejala2 yang terjadi pada suamiku sebelum disahkan ada tumor otak..........
1)Kesukaran bercakap atau mengingati sesuatu perkataan.
2)Gangguan pada penglihatan(kabur bila tengok benda jauh)
3)Rasa lemah dibahagian tertentu dibadan (suamiku lemah disebelah kanan tangan n kaki)
4)Mudah marah(tanpa sebab),selalu mengantuk atau terdapat perubahan pada peribadi tanpa diri sendiri sedari(orang lain yang perasaan)

Semua gejala diatas terjadi pada suamiku..sebenarnya ada lagi gejala lain tapi tak terjadi pada suamiku..contohnya sakit kepala..dia memang tak pernah mengadu sakit kepala,pening atau apa2lah yang berkaitan ngan kepala..tu yang terperanjat sangat bila dia kena tumor otak ni..jadi pada sapa2 yang selalu sakit kepala tu,lekas2lah jumpa doktor..takut bukan sakit kepala biasa..

Wednesday, July 8, 2009

Kesan pembedahan


Masa ni baru masuk hari yang ke tiga selepas pembedahan..hari yang pertama dan kedua kepala suamiku masih lagi berbungkus ngan kain putih..tak le nampak tempat yang dibedah tu..bila dah dibuka lilitan dikepala tu barulah aku nampak,rupa2nya untuk mencantumkan kulit kepala yang dah dibedah tu doktor hanya menggunakan sejenis gam dulu,lepas tu distepler macam stepler buku..ngeri jugak bila tengok..dalam hati berkata2 gak boleh ke bercantum ni..bila aku kira mata stepler tu semuanya 49 mata kurang 1 je 50..tapi sekarang dah ok..rambut pun dah tumbuh semula..cuma masih lagi nampak lekuk ditempat yang dibedah tu..